Thursday, June 9, 2011

"Kenapa aku berblog ?"



Tujuan berblog: Untuk sebar propaganda.haha...sekadar suka-suka disamping dapat peroleh ilmu dan pengetahuan =)

TAG: 
 

Thursday, April 21, 2011

Real Madrid, Piala Copa Del Ray Pecah Bersepai (video)




Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.

Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah.

Tuesday, April 12, 2011

Kedudukan Terbaru Carta Liga Super 12/4/2011, Perak Belasah Kelantan!




 Azhan: Tahniah Perak, Perlawanan hebat, tahniah untuk Sang Kenari, terus terbang tinggi tanpa coach..hehe

Monday, April 11, 2011

KEDAH vs NEGERI SEMBILAN

::: JGN LUPA MLM ESOK GAME KE-11 KENARI :::
KEDAH vs NEGERI SEMBILAN
SELASA ~ 12th APRIL 2011
JAM ~ 8:45 PM
STADIUM TUANKU ABD RAHMAN. PAROI.....~aBs
::: PULUN KEDAH PULUN :::

Sultan Ahmad Shah Presiden baru AFF

BANGKOK - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas menang tanpa bertanding pada Kongres AFF Ke-18 di Bangkok, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Datuk Worawi Makudi, yang juga Ahli Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut. Sultan Ahmad Shah menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian pada pemilihan kali ini selepas menerajui AFF sejak 1995.

"Saya berharap dapat mengetuai badan ini dengan baik seterusnya menjalinkan perpaduan di antara ahli gabungan dalam menaikkan mutu bola sepak negara Asean," titahnya dalam ucapan pelantikannya semalam. Jelas baginda, amat penting untuk semua menghargai jasa Tengku Ahmad Rithauddeen yang menjadi presiden selama lima penggal sejak 1996. 

Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Januari 1984 turut dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.Tengku Ahmad Rithauddeen menjadi presiden sejak 1996 dan telah memainkan peranan penting dalam AFF termasuk mempopularkan kejohanan serantau yang dikenali sebagai Piala Suzuki AFF.

Sunday, March 13, 2011

Chong Wei Kalahkan Lin Dan Final All England!

Keputusan Badminton All England 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Malam gemilang buat pemain perseorangan Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja mengalahkan Lin Dan dari China dengan straight set 21-17, 21-17 dalam masa sejam lebih. Berada di hapadan ribuan penonton yang memberi semangat kepada beliau, Lee Chong Wei menterjemahkan sokongan padu tersebut dengan bermain dengan baik di kala permainan Lin Dan nampak kurang menyengat malam ini. Tahniah buat Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan gelaran yang dimilikinya.




Sebelum itu, pemain beregu Malaysia iaitu Tan Bong Heong dan Koo Kien Keat kalah ditangan pemain beregu Denmark yang juga merupakan pemain pilihan kejohanan dengan double set. Set pertama seperti dijangka pemain beregu negara dengan mudah mengalahkan pasangan Denmark ini tetapi set kedua dan set penentuan, kelebihan yang dimiliki pasangan kita tidak mampu dijana dengan baik. Akhirnya, pilihan utama kejohanan menang perlawanan tersebut.

Tahniah!!!

Lee Chong Wei
vs 
Lin Dan
21-17, 21-17

Juara Perseorangan All England 2011

Wednesday, March 9, 2011

Malaysia Lepasi Pusingan Pertama Kelayakan Olimpik

LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua. Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0. Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua. 

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.

Tuesday, March 8, 2011

Barcelona dan Shaktar Mara!

PARIS: Keputusan perlawanan bola sepak pusingan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah yang membabitkan empat pasukan mencatatkan keputusan seperti berikut:

Shakthar Donetsk (UKR) 3 (Hubschman 18, Willian 58, Eduardo 87) , AS Roma (ITA) 0 [Shakhtar mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 6-2. 

 Barcelona (SEP) 3 (Messi 45+3, 71-pen, Xavi 69) , Arsenal (ENG) 1 (Busquets 53-gs)) [Barcelona mara dengan agregat 4-3] - AFP

Sunday, February 27, 2011

Birmingham peroleh kejuaraan Piala Liga

LONDON, 28 Feb. - Birmingham City memenangi Piala Liga buat kali kedua selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada saingan akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.Kali terakhir Birmingham memperoleh kejuaraan Piala Liga ialah pada tahun 1963.

Jaringan lewat daripada pemain gantian Obafemi Martins pada minit ke-89 memberikan kemenangan mutlak buat Birmingham.Sebelum itu penyerang Arsenal, Robin van Persie berjaya untuk menyamakan keputusan 1-1 pada minit ke-39 selepas Nikola Zigic memperoleh jaringan awal buat Birmingham pada minit ke-28. -AFP

Friday, February 25, 2011

Skuad Kedah, Prestasi Semakin Merudum

Salam untuk semua,

Prestasi permainan pasukan Kedah terumbang ambing selepas beberapa siri perlawanan Liga Super. Terkini Kedah sekadar seri dengan pasukan Kelantan. Tiba2 pula saya rasa nak komen sikit tentang aksi permainan Kedah yang jauh sekali berbeza dengan permainan dahulu, zaman kegemilangan double trebel!

Keseluruhannya sangat mengecewakan. Saya berpendapat masalahnya adalah tentang strategi permainan, kejurulatihan yang lemah. Bukan nak salahkan Coach Ahmad Yusuf semata2, tetapi prestasi permain sendiri semakin merudum. Nama2 besar yang pernah beraksi untuk skuad negara tidak mempamerkan aksi yang sepatutnya.

Semangat punya pasal nak tengok bola tadi, sanggup redah hujan pergi lepak kat kedai makan yang buka astro arena. Siap minta tauke kedai buka channel lagi, kena la buat muka tebal sikit. 

Tetapi apa kan daya, sokongan tidak berbeaah bahagi.hehe. Harap perlawanan lepas akan memberikan sesuatu yang menarik untuk penyokong yang semakin memberontak dek kerana kejurulatihan yang lemah.

Liga Super: Sang Kenari Bakal Membenam Red Warrior Malam Ni!


Salam untuk semua,

Tajuk kasi gempak sikit hehe. Malam ni tidak mustahil juara bertahan Kelantan akan ditumbangkan oleh pasukan Kedah di laman lawan. Laman keramat hijau kuning, Stadium Darul Aman. Harap malam ni Sang Kenari terbang tinggi! Sahabat2 bagaimana, siapa pilihan hati anda? 

Kepada penyokong Kedah dan Kelantan, majulah sukan untuk negara :)

Saksikan live di Astro Arena (801) 8.45 malam nant! 
RTM tak mampu dah nak siar live ka sekarang?

Tuesday, February 22, 2011

Liga Juara-juara: Real Madrid vs Lyon



22 Feb 2011 Olympique Lyonnais vs Real Madrid Uefa Champions League  Watch Real Madrid vs Lyon Live Stream Free Online TV. This UEFA Champions League Round of 16 clash will start at 19:45 GMT on 22 February 2011 from Greland Stadium.

Monday, February 21, 2011

AZIZULHASNI, Pahlawan Sejati!

AZIZULHASNI dalam kesakitan selepas betisnya tertusuk serpihan kayu  dalam perlumbaan di Manchester, semalam.
 
AZIZULHASNI dalam kesakitan selepas betisnya tertusuk serpihan kayu dalam perlumbaan di Manchester, semalam.
 
MANCHESTER: Menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.

Terdahulu, Azizul terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir saingan sirkit terakhir di Velodrom Manchester tetapi bangkit untuk meraihkan tempat ketiga. Ia sudah memadai bagi Azizul merangkul juara keseluruhan siri berkenaan. Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan. 
 
Azhan: Tahniah bro! Semangat juang tinggi!

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia Menang 2-0 Aksi Persahabatan Dengan Hong Kong

KUALA LUMPUR 9 Feb – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengalahkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini. 

Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal dalam masa kecederaan separuh masa kedua.Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad negara selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

Azhan: Tahniah Harimau Malaya!

Tuesday, February 8, 2011

Malaysia vs Hong Kong, Live In Astro Arena

Siaran Langsung Astro Arena
Malaysia vs Hong Kong
Stadium Shah Alam
8.30 malam – Rabu – 9 Februari 2011
Siaran Langsung hanya di Astro Arena
(Visited 111 times, 111 visits today)

Malaysia Vs Hong Kong

Esok (9 Februari) bakal menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Selangor. Jom saksikan!

Perlawanan persahabatan ini adalah diadakan bagi meningkatkan lagi kedudukan pasukan Malaysia di persada antarabangsa selain menguji teknik dan perubahan pada jentera pasukan Harimau Malaya ini. Tiket perlawanan ini sudah mula dijual di Wisma FAM di Kelana Jaya sejak pagi tadi (Selasa) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Jualan tiket juga diadakan esok hari (Rabu) bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari juga di Wisma FAM di Kelana Jaya. Tiket perlawanan juga akan dijual mulai jam 4 petang, di Stadium Shah Alam.

Harga tiket mungkin agak mengejutkan, harga tiket adalah RM20. Ada sesetengah peminat berpendapat harga tiket ini adalah mahal, namun, ianya mungkin adalah langkah FAM bagi menjaga mutu perlawanan agar ianya tidak kelihatan terlalu remeh. Perlawanan akan bermula pukul 8.30 malam.

Monday, February 7, 2011

Safee Sali Ikat Kontrak Setahun Dengan Pasukan Pelita Jaya


PENYERANG Selangor, Mohd Safee Sali menunjukkan jersi pasukan barunya Pelita Jaya dari Jawa Barat, Indonesia selepas mengikat kontrak selama setahun dengan kelab Liga Super Indonesia itu, di Wisma FAS Kelana Jaya, Selangor.
{miecyber}

Friday, February 4, 2011

Liu Bolin, "The Invisible Man"

Liu Bolin

Liu Bolin is an artist known in his native China as "the invisible man" for his series of photographs where he paints himself to blend into the background.  These are real photographs, not digital manipulations!

Jom layan mamat ni punya seni, sempoi betul...jenoh basuh baju..haha




liu bolin photo

camo1.jpg
Liu Bolin, Prison

camo2.jpg
Liu Bolin, Camouflage 28


Wednesday, February 2, 2011

"Bloglist Terjah Bangku Kosong",

Salam sahabat,

Kali kedua join bloglist sahabat, iaitu blogger hasrulhassan. Siapa nak join masih sempat ni. Ni blog laki, hope bro hasrul jangan salah list ya. ('',) Apa pun, terima kasih jika sudi link blog tak seberapa ni ('',) 

Tuesday, February 1, 2011

Fernando Torres Pindah ke Chelsea


image
London, CyberNews. Liverpool akhirnya melepas Torres pindah ke klub Chelsea, setelah kedua klub sepakat dengan nilai transfer striker asal Spanyol itu.
Nilai transfer yang disepakati sebesar 58,5 juta euro atau 50 juta poundsterling merupakan nilai transfer termahal di Liga Inggris, mengalahkan rekor transfer Tevez ketika pindah ke Manchester City.
Chelsea sebelumnya memberikan penawaran sebesar 35 juta poundsterling namun Liverpool menolak karena dinilainya terlalu kecil.
Sebenarnya kontrak Torres di Liverpool baru berakhir tahun 2013, namun ada pasal yang mengatakan jika ada tawaran sebesar 50 juta pounsterling dan Liverpool gagal lolos kualifikasi Liga Champions maka klub berhak untuk melepas pemainnya (Torres).
Saat ini Liverpool berada di posisi ke tujuh klasemen sementara dan hanya sembilan poin di belakang posisi keempat yang bisa meloloskan mereka ke Liga Eropa itu.
Torres bergabung dengan Liverpool tahun 2007 dari Atletico Madrid dengan uang transfer 20 juta poundsterling dan sebelumnya pernah dikaitkan pindah ke Chelsea. Di musim pertamanya bersama Liverpool Torres mencetak tiga hat-trick, mencetak 33 gol dalam 46 penampilan.
Namun tahun 2008-09 dia menderita cedera otot paha belakang, meski masih bisa mencetak 17 gol dalam 38 pertandingan. Di musim berikutnya dia menjalani operasi lutut dan bisa mencetak 22 gol dalam 32 pertandingan.
Azhan: Torres bakal menyerlah kembali rasanya dengan gandingan tengah chelsea yang mantap!

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib