Tuesday, August 4, 2009

Nak murah dapat habuan lain...


Tengok surat dari Polis.hehe. Bukan surat tapi resit rasmi kompaun tu...habuan, rezeki hari tu. Kisahnya bermulal disini...Beberapa hari yang lepas saya pergi ke PC Fair KLCC sebab nak beli barang penting, iaitu toner printer yang dah lama habis dan barang2 member2 kirim.

Pergi naik motor, pertama kali pergi naik motor ke KLCC. Sebelum ini dengan train sahaja. Pertama kali memang tak tau pun tempat parking mana, yala bandar besar cari parking motor pun susah. Last sekali tengok satu ruang tempat banyak2 motor letak di kawasan berhadapan dengan KLCC pintu sebelah selatan, saya pun letak disitu sahaja lah. Tak nampak mengganggu jalan pun.

Pergi PC Fair untuk mendapat harga yang murah berbanding di kedai biasa, keluar sahaja, dah la penat pergi sorang2 angkut barang banyak, dihadiahkan pula dengan surat kompaun tarfik.huhu. Rezeki murah betul hari tu. ('',) Apa pun kompaun tu dah dibayar petang kelmarin.

P/s: jangan parking merata2 tempat. anda pasti mendapat habuan yang sama.hehe


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib