Monday, August 30, 2010

Himpunan Berbuka Puasa Anak-anak Negari Kedah Diperantauan.


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tidak lupa anak-anak Kedah yang berada di sekitar Kuala Lumpur termasuklah Shah Alam, Petaling Jaya, Gombak serta Selayang ketika seluruh umat Islam  menghayati dan menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Untuk ini YAB Menteri Besar Kedah bersama barisan Exconya serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen akan turun untuk meraikan anak-anak Kedah diperantaun dalam Majlis Berbuka Puasa di Dewan Sivik Bandaraya Petaling Jaya pada 29 Ogos ini.

Majlis bermula pada jam 5 petang dan berakhir 8 malam bagi memberi ruang dan masa untuk semua menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Semua anak-anak Kedah di Lembah Kelang dijemput ke Dewan Sivik Bandaraya Petaling Jaya untuk sama-sama berbuka puasa disamping mengeratkan silaturrohim sesama Islam.Dianggarkan seramai 2000 anak-anak Kedah akan menghadiri majlis berbuka puasa ini yang hanya diadakan setahun sekali.

Antara acara yang disusun atur ialah Ucapan YAB Menteri Besar Kedah dan sesi penerangan mengenai perkembangan dan pembangunan Kerajaan Negeri Kedah oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

 Ust Musoddak sentiasa tersenyum menyambut kehadiran tetamu yang hadir


Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda Pas Negeri bersama Ust Abdullah Isa


 
 Suasana dewan yang dipenuhi oleh kehadiran anak-anak Kedah sekitar Lembah Klang


 Kehadiran mahasiswa dari pelbagai IPT memeriahkan majlis


YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak memberikan kata-kata aluan sebelum berbuka puasa


 
 Gambar kenangan sebagai urus setia program


 Bersama rakan-rakan institut yang terlibat sama menjadi urus setia untuk majlis tersebut.



0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib