Monday, November 22, 2010

Cuti Sekolah, Peluang Kanak2 Lelaki Berkhatan Mengingatkan Kenangan Dahulu

BASAH...peserta program berkhatan beramai-ramai dipancut air atas lori.
BASAH...peserta program berkhatan beramai-ramai dipancut air atas lori, dah macam kena penjara takut budak2 ni lari mungkin :)


 Meriah, beratur ambil turn masing2..

 Rileks saja budak ni..

Musim cuti sekolah memberikan peluang kepada kanak2 menjalankan ibadah berkhitan, tempahan nama pasti dibuat berbulan2 lebih awal. Pengalaman itu sebagai permulaan untuk menempuhi alam dewasa selain perkara wajib yang perlu dilakukannya sebagai umat Islam bagi menjaga kebersihan diri. Difahamkan kalau negara sebelah Asia Barat, kanak2 akan dikhatankan pada usia bayi lagi, sebabtu ramai ibu bapa yang ke masjid mendukung anak di belakang ketika solat.

Aku terkenang kembali zaman budak2 dulu, walaupun aku dulu tak la menganis pun, rileks juga walaupun muka memang pucat juga sebelum ke klinik. Waktu tu aku di'operasikan' oleh seorang doktor lelaki, member baik ayah juga tetapi yang masalahnya nurse-nurse yang membantu  adalah dikalangan perempuan, memang tak jaga sensitiviti kanak2 la doktor ni. Seingat aku nurse tu suruh aku tengok TV, sementara menunggu operasi selesai.

Sebelum nak sembuh tu agak menderita juga rasa, mana taknya nak buat apa pun terbatas. Dah macam raja sekejap, makan pun kena suap.hehe. Tapi 2-3minggu lebih kurang macam tu, aku dah boleh main bola kat padang semula.Apa pun, tahniah untuk adik2 yang berkhitan pada tahun ni, semoga cepat sembuh :)

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib