Tuesday, November 23, 2010

'Jangan gentar dengan Thailand'



Futra ghani (tengah) akan mengetuai cabaran negara pada aksi menentang Thailand dalam final sepak takraw bagi acara regu hari
SKUAD sepak takraw mungkin dapat membantu kontinjen negara mencapai sasaran sembilan pingat emas di temasya Sukan Asia 2010 biarpun mereka tidak diletakkan antara prospek emas.

Petang ini, skuad negara akan membuat perhitungan dengan Thailand pada aksi terakhir liga sepusingan dalam acara antara regu lelaki di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou. Memandangkan Malaysia dan Thailand telah memenangi kedua- dua perlawanan awal menentang Myanmar dan China kelmarin, ia umpama final bagi menentukan pingat emas dan perak.

Justeru pengurus pasukan, Datuk Awang Sham Amit yang juga Naib Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengharapkan pemain negara tampil dengan aksi bertenaga berdepan regu Thailand petang ini.

"Jangan gentar dengan Thailand. Kita tidak mahu bila sebut sahaja nama Thailand, pemain sudah fikir akan kalah.
"Buang segera tanggapan begitu kerana Myanmar berjaya memenangi set pertama ketika bertemu Thailand semalam (kelmarin) biarpun mereka akhirnya tewas 1-2.


"Jadi, regu Thailand sebenarnya boleh ditumbangkan. Apa yang penting, kita mahu menang set pertama esok (hari ini) untuk meningkatkan keyakinan," katanya kepada Kosmo! semalam. Skuad negara tewas 0-2 kepada Thailand pada final acara berpa- sukan Sabtu lalu, sekali gus seka- dar meraih pingat perak.

Pingat emas dalam acara regu ini amat penting kerana Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail telah membuat kenyataan bahawa beliau akan meletak jawatan andai skuad negara gagal meraih satu pingat emas pada temasya ini. "Kita minta para pemain turun dengan penuh bersemangat, kekal prestasi baik pada dua perla- wanan semalam (kelmarin) serta fokus sepanjang permainan dengan cuba meminimumkan kesi- lapan," tambah Awang Sham.

Lima pemain yang disenaraikan untuk acara regu ini ialah Noor Azman Abdul Hamid, Normanizam Ahmad (tekong), Norshahruddin Ghani, Futra Abd. Ghani (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri).

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib