Tuesday, December 7, 2010

Piala Suzuki: Malaysia Menang, Layak Separuh Akhir!


Salam utk semua,

Malaysia layak ke separuh akhir Piala Suzuki dengan kemenangan dramatik ke atas Laos dengan jaringan 5-1.yeah! tahniah!

Separuh masa pertama:

Malaysia menjaringkan gol pertama pada minit ke 4 melalui tendangan cantik Amri kepada Norshahrul yang kemudiannya menanduk bola mengenai tiang gol sebelum bola masuk ke dalam gol.  Namun, keselesaan Malaysia hanya seketika kerana Laos membuat jaringan penyamaan melalui hantaran kemas Lamnao Singtao yang ditanduk Kimsun pada minit ke-7.

Pasukan Laos lebih kelihatan agresif menyerang gawang Malaysia. Minit ke 31, pemain Laos, Kenyala dilayangkan kad kuning kerana mengasari Kunalan. Minit ke-35, Laos mendapat 2 tendangan sudut. Minit ke-37, sepakan Amri berjaya ditangkap oleh penjaga gol Laos.

Minit ke-39, Malaysia menambah jaringan gol ke-2 melalui hantaran Safiq ke Amri dan Amri menendang bola ke dalam gawang gol. Kedudukan kini, Malaysia mendahului 2-1.

Separuh masa ke-2:

Perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan lebat. Minit ke-50, Malaysia mendapat tendangan sudut tapi tiada sebarang jaringan gol berlaku. Minit ke-60, Norshahrul berjaya melepasi pertahanan Laos tetapi bola berjaya ditangkap oleh penjaga gol Laos. Minit ke-68, Khairul tersilap membuat backpass. Aku rasa bola licin lah, sebab hujan lebat. So, dah beberapa kali Fahmi dah pegang bola tapi terlepas.

Minit ke-73, hasil kesilapan pertahanan Laos, Amirul berjaya menjaringkan gol ke-3 untuk Malaysia. Kedudukan kini, Malaysia mendahului 3-1. Minit ke-76, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ke-4. Yezza. Kedudukan selesa 4-1.

Minit ke-79, Norshahrul dikeluarkan dan digantikan dengan Izzaq. 4 minit masa tambahan diberikan. Gol sendiri! Tercengang penjaga gol Laos tengok pemain pertahanannya jaringkan gol untuk Malaysia. Yeay! Malaysia berjaya tewaskan Laos, 5-1.

3 comments:

Solihin Zubir said...

haha.. terbaek ah malaysia...
akhirnya layak jugakkk..
nasib baik thailand kalah..

Anonymous said...

congrats to the team!

Mohamadazhan.com said...

rezeki murah.hehe. menang td pun sbb nasib kot.hehe

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib