Saturday, December 18, 2010

Skuad Kenari: 4 Muka Baru

Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my

Hasmawi kembali beraksi selepas tinggal FELDA United

EMPAT muka baru disahkan akan memperkuatkan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super 2011 ketika sembilan muka lama disingkirkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), menurut ketua jurulatih Hijau Kuning, Ahmad Yusoff.

Menurutnya, empat muka baru yang akan bersama Kedah musim depan adalah bekas pemain Kedah, Fauzi Nan, Firdaus Fauzi, Hasmawi Hassan dan Amar Rohidan manakala antara sembilan yang digugurkan adalah ketua pasukan, Victor Andrag, Wan Zain Wan Azizan, Shahrulnizam Mustapha, Saramsak Kram, Fadly Baharom, Ferizal Rozali, Zambri Chin dan Shafiq Jamal.

“Walaupun menyingkirkan sembilan pemain, kami hanya menamakan empat pemain baru untuk menghadapi musim depan dan saya yakin gandingan muka baru dengan pemain yang ada mampu meletakkan Kedah sebagai pencabar utama Liga Super.

“Pengalaman Fauzi Nan akan memantapkan bahagian pertahanan yang turut dibarisi V Thirumurugan, Khairul Helmi Johari dan Azmi Muslim ketika kehadiran Amar Rohidan mampu melicinkan jentera bahagian tengah,” kata Ahmad.

Kedah memanaskan badan dengan menentang Tentera dalam siri perlawanan persahabatan di Stadium Darulaman, kelmarin.

5 comments:

Admin said...

gomo klate gomo..!
hehehe..

Solihin Zubir said...

weyh! ramainya star kena gugur...

Mohamadazhan.com said...

@AHSFANTASY: Silap tempat ni.hehe

@solihin: star tua2 dah ni.

Admin said...

xkire2..
nk cni gak..! ^^.

Admin said...

Saya tengok macam kamu nei seorang
blogger yang peramah..

ad ssuatu yg ssuai tu kamu, jom kte
g tgk kt:

http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

Tahniah, kamu seorang yang peramah!

(:
:)
(:
:)

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib