Sunday, March 13, 2011

Chong Wei Kalahkan Lin Dan Final All England!

Keputusan Badminton All England 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Malam gemilang buat pemain perseorangan Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja mengalahkan Lin Dan dari China dengan straight set 21-17, 21-17 dalam masa sejam lebih. Berada di hapadan ribuan penonton yang memberi semangat kepada beliau, Lee Chong Wei menterjemahkan sokongan padu tersebut dengan bermain dengan baik di kala permainan Lin Dan nampak kurang menyengat malam ini. Tahniah buat Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan gelaran yang dimilikinya.




Sebelum itu, pemain beregu Malaysia iaitu Tan Bong Heong dan Koo Kien Keat kalah ditangan pemain beregu Denmark yang juga merupakan pemain pilihan kejohanan dengan double set. Set pertama seperti dijangka pemain beregu negara dengan mudah mengalahkan pasangan Denmark ini tetapi set kedua dan set penentuan, kelebihan yang dimiliki pasangan kita tidak mampu dijana dengan baik. Akhirnya, pilihan utama kejohanan menang perlawanan tersebut.

Tahniah!!!

Lee Chong Wei
vs 
Lin Dan
21-17, 21-17

Juara Perseorangan All England 2011

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib