REBUT...Mohamad Muslim (kiri) berebut bola dengan pemain Indonesia, Christian Gonzales pada perlawanan malam tadi.
ANDAI Stadium Ge lora Bung Karno itu sendiri mampu berbicara, pastinya venue kebanggaan rakyat Indonesia itu turut menangisi nasib anak buah ketua jurulatih, K Rajagobal yang tewas 5-1 ke pada tuan rumah ketika saingan pembukaan Kum pulan A, Piala Suzuki AFF 2010, malam tadi.
Manakan tidak, sudah lah sebahagian besar daripada kira-kira 70,000 penonton enggan berdiri untuk menghormati lagu Negaraku ketika dimain kan, lebih memalukan lagi apabila jeritan ‘Maling’ dan ‘Ganyang Malaysia’ dilaungkan seiring dengan nada lagu kebangsaan Malaysia itu.
Apa yang ditakuti Rajagobal selepas kehilangan lapan pemain tonggak akibat kecederaan berlaku juga akhirnya walaupun pada satu ketika, anak buahnya mempamer aksi dirancangkan.
“Memang saya kecewa dengan kekalahan ini walaupun hakikatnya ia tidak menggambarkan keseluruhan aksi pemain kita.
“Kita dibolosi lima gol dan anda semua boleh lihat kelima-lima gol itu adalah hasil kesilapan individu. “Saya rasa punca sikap pemain kita terlalu mahu mempamer aksi terbaik pada perlawanan tadi. Ternyata sikap itu memakan diri sendiri.
“Ketika ketinggalan 2-1 dan 3-1, kita masih yakin dapat bangkit tapi selepas gol keempat, pemain mula goyah,” kata Rajagobal. Beliau turut menyalahkan benteng pertahanan terlalu kerap melakukan kesilapan dan memudahkan Indonesia menjaringkan gol demi gol.
“Kita hilang disiplin di benteng pertahanan. Pada setiap kali Indonesia melakukan serangan balas, mereka kelihatan pasti menjaringkan gol dan pada jangkaan saya, mereka menghukum kita dengan lebih banyak gol, bukan lima saja. Pertahanan kita terlalu lemah dan membiarkan Indonesia mengatur pelbagai corak serangan,” katanya. Beliau berharap aksi sebegitu tidak berulang lagi berdepan Thailand, Sabtu ini.
Diasak sejak awal permainan, Malaysia tetap mampu bertahan dengan baik dan hasil satu serangan balas pantas, Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya menenggelamkan seketika ‘amukan’ pemain tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran lintang Safee Sali.
Serentak jaringan itu, Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika dan masing-masing kelihatan tertekan tapi kembali ceria apabila bola yang membias selepas terkena badan tonggak pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar, menggegar jaring sendiri pada minit ke-22.
Jaringan penyamaan itu ternyata berjaya melonjakkan kembali semangat juang Indonesia dan anak buah Alfred Riedl itu kembali melakukan asakan demi asakan ke kubu Malaysia. Hantaran lintang Oktavianus Maniani pantas disambar ayam tambatan Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzalez untuk memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-35 dan kedudukan itu kekal hingga pengadil Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel menandakan tamat aksi babak pertama.
Bermula babak kedua, Indonesia menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di tempat sendiri melakukan asakan bertali arus hingga ada kalanya, anak didik Rajagobal kelihatan terkial-kial mempertahankan kubu. Pertahanan Malaysia sekali lagi menerima padah kerana gagal mengeluarkan bola dan kesempatan itu mudah diambil Muhammad Ridwan menghasilkan gol ketiga Indonesia pada minit ke-59.
Mungkin kepenatan akibat terlalu kerap diasak sedangkan impian Malay sia menambah jaringan kelihatan agak mustahil, Mohamad Muslim Ahmad melakukan kesilapan dan gagal mengawal dengan baik bola sepakan percuma diambil Muhammad Nasuha hingga membolehkan Arif Suyono melakar gol keempat Indonesia pada minit ke-80. Irfan Haarys Bachdim melengkapkan kemenangan besar 5 -1 Indonesia selepas menerima hantaran lintang Oktavianus pada minit ke-90.
2 comments:
huhu..
apew la nseb malaysia,
hmmm redha je la, hehe..
sedih juga mbacanya sbb skuad malaysia seolah2 telah menunjukkan perubahan dlm sukan asia yang lalu...
Post a Comment