Tuesday, July 7, 2009

Apa erti Merdeka pada mereka...


Jumaat petang yang lalu saya dan kawan2 serumah p pasar malam untuk cari juadah untuk makan malam. Sejak 3 tahun saya dok kat K.L ni suasana pasar malam tak berubah. Malah lebih teruk dari tempat saya. Apa yang saya maksudkan tu? saya maksudkan ni tentang gejala mengemis di pasar malam. Sebelum ni tak ramai sgt ada la dua tiga orang tua mengemis.

Sekarang jumlah makin bertambah. Saya sangat bersimpati tengok keadaan mereka yang tidak terurus dan entahla sampai bila nasib pengemis2 di Malaysia akan dapat perhatian. Gejala mengemis ni memang biasa kalau di lihat sekitar K.L ni. Mana2 tempat pun ada. Adakah gejala ini satu sindiket yang mempergunakan orang2 tua dan anak2 kecil untuk mengemis? Saya sendiri pun tak pasti. Kita hanya boleh bantu golongan ni setakat yang termampu.

Yang menyedihkan, pengemis2 ni bukannya pendatang2 asing yang datang merempat di merata2 tempat tetapi mereka ni dikalangan orang2 Melayu juga. Apa erti Merdeka untuk Sang Pengemis ni? melainkan hidup seharian hanya mengharap belas ihsan dari orang ramai sahaja. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ingat! kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ni. Jangan byk merungut kerana lebih ramai lagi orang di luar sana yang masih tidak cukup keperluan untuk hidup.

Negara makin maju, yang mengemis makin banyak. Yang kaya terus kaya, yang miskin makin kepapa.



1 comments:

aisha said...

2la psl..adat dunia..ssh nk ubah realiti pengemis ni..kne hapuskn kpale sindiket 2 dlu..

tp sindiket2 ni x kire la pengemis ke cetak rompak ke rasuah ke dh mcm kebal lak..wat la ape pn tp stil cm2 gak..

p/s: nape xde shout box? ssh nk tego2 tau hehe

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib