Sunday, July 5, 2009

Ya Allah berilah kekuatan


Berita yang terkini yang saya peroleh ialah berkenan seorang bapa saudara yang disyaki menghidapi penyakit radang2 paru. Sekarang beliau sedang dirawat di Hospital Sultan Abd Halim dan ditempatkan di wad yang berasingan mengelakkan dari jangkitan. Penyakit ni hampir sama dengan sakit Allahyarham tok saya dulu.

Saya agak terganggu fikirkan perkara ni kerana mak teh pun tengah sakit. Kegembiraan keluarga mungkin tak dapat lagi dinikmati seperti sebelum2 ni. Perancangan untuk hari keluarga pada tahun ni mungkin akan ditangguhkan lagi.

Dah lama dah tak buat Family Day ni. Dulu zaman saya kecik2 ja selalu buat. Time tu sangat menggembirakan. Sejak ketiadaan tok, penyakit yang ditanggung oleh mak teh dan yang terkini salah seorang bapa saudara. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. Sempat la saya kol sekejap, Mak cakap kat saya semalam, "dah tua2 ni...biasala sakit pun mai mcm2.xda apa pun". Saya sempat juga pesan kat mak suruh check takut2 ada penyakit2 bahaya cmtu.

"Ya Allah, berikan lah kekuatan kepada keluargaku, kurniakan lah kesihatan yang baik kepada kami semua, sembuhkan lah penyakit2 itu supaya kami dapat beribadah kepada-Mu dengan lebih sempurna. Permudahkanlah urusanku dan urusan sekalian umat Islam. Lorongkan hati kami ke arah jalam yang benar dan diredhai. Amin."

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib