Tuesday, June 30, 2009

Terubat rinduku jua...


Allamdulillah, bersyukur kepada Allah diberi kesempatan masa dan ruang untuk menghadirkan diri ke perhimpunan perdana perpaduan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya. Saya dah rancang awal untuk hadirkan diri malam ni, tiba2 dapat berita ada latihan silat. Hati berbolak blik jg.

Kedua2nya mempunyai tanggungjawab tersendiri. Saya duduk termenung seketika memikirkan keutamaan antara dua keadaan ini. Keputusannya saya tetap akan hadirkan diri untuk sama2 memeriahkan dan mendapat input2 baru. Selain itu, mendapat penjelasan secara terperinci mengenai isu-isu semasa yang berbangkit.

Dah rindu sgt saya dengan program politik ni. Agak lama jg tak bertemu pemimpin kesayangan. Sebelum ni pun pilihanraya2 kecil yang berlansung saya hanya terlibat secara tak lansung sj. Memang rindu suasana berkempen. Bagi saya hati perlu ikhlas, baru dapat kepuasan dan rasa tenang. Kalah menang bukan masalah.

Tadi saya sempat jumpa saudara Yusmadi, xsangka dapat jumpa beliau secara dekat tadi. Pemimpim lain saya dah penah jumpa, rasa xksah sgt la...saya cuma tertarik dengan beliau apabila sempat menonton sebuah perbincangan yang ditayangkan oleh Astro tentang masalah politik. Cara beliau menyatakan hujah sgt bernas dan mantap. InsyaAllah, beliau bakal pemimpin masa depan yang berkaliber.

Sedihnya tak dapat jumpa Tok Guru Nik Aziz, dikhabarkan ada persidangan DUN Kelantan yang masih berlansung. Tok Guru tidak sempat datang ke majlis hari ni.
Dah tak dak rezeki. Apa pun perhimpunan malam ni mengubat rinduku akan arena politik.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib