Friday, November 26, 2010

Gambar Menarik: Jantung Lebih Hebat Daripada Engine Roll Royce!

Salam untuk semua, syukur atas nikmat-Nya, alhamdulillah. Bawah ni saya ada nak kongsi dengan semua beberapa gambar, bertujuan untuk kita sama2 bermuhasabah seketika. Cukup untuk beberapa minit kembali mengenal diri. Baiklah,  siapa kenal apa benda di bawah ni?  Jom layan dan luangkan masa sekejap...

Apa benda ni, macam pelik ja kan? Ok, baiklah..siapa yang kaki modifikasi kereta akan kenal jenis dan serial engine yang dipaparkan. Engine ni bukan calang2 engine, promote sikit.hehe. Ni engine Honda V-Tec Serial B, pakai banyak kat kereta untuk Civic spec EG, EK convert dan sebagainya. 




Ni gambaran atas engine tersebut, serial B16B. Kaki modifikasi kereta mungkin lebih arif tentang ubah suai dan kemampuan sesuatu engine. Saya rasa siapa yang pakai engine ni pun dah cukup baik untuk kelajuan di jalan. Berhati2 ya ketika memandu ('',)



Apa benda pula ni, ha...ini bukan engine kereta...ni engine kapal terbang. Engine ni dikeluarkan oleh syarikat Rolls Royce. Kebanyakkan kapal terbang menggunakan engine Rolls Royce. Kemampuan engine ini tak perlu dipersoalkan lah ya.hehe. Ada mencecah sama dengan kelajuan bunyi...

Apa kaitan engine2 semua ni dengan diri kita? Baiklah, manusia juga dibekalkan engine sebenarnya, sebagai medium penggerak yang sangat bernilai. Dalam kita tidak sedar engine tersebut sentiasa berkerja dan tidak pernah henti (melainkan apabila tiba masanya). Engine manusia mempunyai tahap keupayaan yang lebih tinggi daripada semua engine yang dicipta manusia sekarang. Tetapi kebanyakkan daripada kita lebih gemar menjaga engine kenderaan berbanding engine diri.



Ini lah engine yang dimaksudkan! Jantung. Walaupun saiznya kecil tetapi mampu bertahan sehingga ratusan tahun. Manusia yang usianya mencecah ratusan tahun merupakan bukti kehebatan penciptaan yang sempurna engine diri. Saya rasa engine Roll Royce pun tak mampu nak bertahan sampai usia 50 tahun. Berani jamin!

Semua sedia maklum, dalam jantung kita mempunyai beribu saluran darah yang halus, malah laluan udara darah beroksi dan terdioksi telah disalurkan melalui saluran yang telah ditetapkan. Hebat kan! Denyutan jantung juga secara sedar dan tidak, sentiasa berkerja mengikut urutan dengan komitmen yang tinggi walaupun sebahagian kita tidak mempedulikannya...

Begitulah hebatnya ciptaan Ilahi untuk diri kita. Sempurna. Setiap kejadian ada hikmahnya, kadang2 manusia lalai dan tidak bersyukur atas nikmat2 yang tidak pernah diminta balas oleh-NYA. Jom Kita Muhasabah diri....semoga dirahmati ('',)

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib