Sunday, February 27, 2011

Birmingham peroleh kejuaraan Piala Liga

LONDON, 28 Feb. - Birmingham City memenangi Piala Liga buat kali kedua selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada saingan akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.Kali terakhir Birmingham memperoleh kejuaraan Piala Liga ialah pada tahun 1963.

Jaringan lewat daripada pemain gantian Obafemi Martins pada minit ke-89 memberikan kemenangan mutlak buat Birmingham.Sebelum itu penyerang Arsenal, Robin van Persie berjaya untuk menyamakan keputusan 1-1 pada minit ke-39 selepas Nikola Zigic memperoleh jaringan awal buat Birmingham pada minit ke-28. -AFP

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib