Friday, February 25, 2011

Skuad Kedah, Prestasi Semakin Merudum

Salam untuk semua,

Prestasi permainan pasukan Kedah terumbang ambing selepas beberapa siri perlawanan Liga Super. Terkini Kedah sekadar seri dengan pasukan Kelantan. Tiba2 pula saya rasa nak komen sikit tentang aksi permainan Kedah yang jauh sekali berbeza dengan permainan dahulu, zaman kegemilangan double trebel!

Keseluruhannya sangat mengecewakan. Saya berpendapat masalahnya adalah tentang strategi permainan, kejurulatihan yang lemah. Bukan nak salahkan Coach Ahmad Yusuf semata2, tetapi prestasi permain sendiri semakin merudum. Nama2 besar yang pernah beraksi untuk skuad negara tidak mempamerkan aksi yang sepatutnya.

Semangat punya pasal nak tengok bola tadi, sanggup redah hujan pergi lepak kat kedai makan yang buka astro arena. Siap minta tauke kedai buka channel lagi, kena la buat muka tebal sikit. 

Tetapi apa kan daya, sokongan tidak berbeaah bahagi.hehe. Harap perlawanan lepas akan memberikan sesuatu yang menarik untuk penyokong yang semakin memberontak dek kerana kejurulatihan yang lemah.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Cap Jari Anda

budakib